Tuesday 5 March 2013

Bangun Awal pagi: Apakah kelebihannya

Assalamualaikum Blogger..

Topik kali nih mengenai bangun pagi.. blogger ada masalah tak untuk bangun pagi??
Ya, ada masalah bagi sesiapa yang tidur lewat.. ops!!! ada jugak yang bangun pagi untuk solat subuh, then, tidur balik.. BULP!!!... dengan yakin nyer Cik Pelangi menyatakan ramai yang buat begitu kn3.. CP pon kadang-kadang macam itu jugak.. hihihi

Apakah kelebihan bangun pagi????

  1. Pagi-pagi lagi kita sudah bersenam
    solat subuh itu merupakan salah satu senaman ringan yang baik untuk kamu.
  2. Hari kita lebih panjang
    kalau bangun pagi, banyak perkara yang boleh kamu lakukan dan ada jugak masa untuk kamu rehatkan badan.
  3. Badan sihat
    bangun pagi, solat subuh, lepas tu, keluar rumah sekejap. Waaa.. bestnyer hirup udara di pagi hari. hah!!! ianya jugak baik untuk paru-paru kamu..
korang rasa ade lagi kebaikkan bangun pagi. boleh la share dengan CP di ruangan komen.

P/s: segala pos yang CP buat.. adalah dari pendapat dari CP sendiri.

Salam Kenalan Untuk blogger yang follow CP..
1. eryee91 (apa blog kamu, CP tak dpt nk follow nih.. sila bagi bantuan segera.. hihih)
2. acu yuhan 
3. aziha jieha (apa blog kamu, CP tak dpt nk follow nih.. sila bagi bantuan segera.. hihih)

Friday 1 March 2013

PUTUS CINTA

Assalamualaikum blogger sekalian,

lama sungguh tak update post baru, oklah, hari nih nk cite sikit pasal Putus Cinta. siapa kt sini pernah putus cinta?? ape rasa?? best tak?? sejak dua, tiga, empat, lima menjak nih.. Cik Pelangi selalu dengar cerita org putus cinta, dalam kalangan artis pon ada jugak. Jadi, ape yang "korang" *untuk org yang putus cinta lakukan?? menangis, menangis dan menangis ka?? atau buat lagu?? hihihi...

CP nk share ngn korang beberapa kata2 motivasi diri bagi sapa-sapa yang putus cinta:-

  1. Menangis la untuk mencari kekuatan diri. bukan menangis untuk orang yang telah tinggalkan kamu. tak guna menangis tok dia, dia ade tak menangis tok kamu? erm, kamu pon tak tw kn.
  2. Muasabah diri kamu yek, kamu disakiti, mungkin sakit itu penghapus dosa kamu.
  3. Kamu baru hilang org yang tinggalkan kamu, tp disekeliling kamu, ramai lagi yang sayang kamu dan kamu syg kan mereka. contohnyer, mak ayah kite la..
  4. ALLAH akan buat ape sahaja untuk pisahkan kamu, jika dia bukanlah jodoh kamu. ade yang lebih baik menanti kamu.
  5. Fikirkan lah masa depan kamu. tanpa orang yang tinggalkan itu, ianya tidak bermakna masa depan kamu terhenti disitu tetapi, corak la masa depan kamu dan gapai la impian kamu.
  6. Buktikan pada dia, kamu boleh hidup tanpa nya.

Putus cinta itu memang menyakitkan.. tp dari pengalaman itulah yang mematangkan kamu.